PERBADANAN CREATIVE COMMONS BUKAN FIRMA GUAMAN DAN TIDAK
MENAWARKAN PERKHIDMATAN UNDANG-UNDANG. PENGEDARAN LESEN INI
TIDAK MEWUJUDKAN HUBUNGAN PEGUAMCARA DAN ANAKGUAM. CREATIVE
COMMONS MEMBEKALKAN MAKLUMAT INI DALAM KEADAAN ‘SEDIA ADA’.
CREATIVE COMMONS TIDAK MEMBERI WARANTI MENGENAI MAKLUMAT
YANG DIBEKALKAN, DAN MENOLAK LIABILITI UNTUK KERUGIAN YANG
DIAKIBATKAN OLEH PENGUNAANNYA.
Lesen
KARYA TERSEBUT DIPERUNTUKKAN DI BAWAH TERMA-TERMA LESEN AWAM
CREATIVE COMMONS (“LACC” ATAU “LESEN”). KARYA TERSEBUT
DILINDUNGI OLEH HAKCIPTA DAN/ATAU UNDANG-UNDANG LAIN YANG
BERKENAAN. SEBARANG PENGGUNAAN KARYA TERSEBUT SELAIN DARIPADA
YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG HAKCIPTA ATAU YANG
DIBERI KUASA DI BAWAH LESEN INI ANTARA ANDA DAN PEMBERI LESEN
ADALAH DILARANG. “HAKCIPTA”, “KARYA”, “ANDA” DAN “PEMBERI
LESEN” MEMPUNYAI MAKSUD SEPERTI YANG DIBERIKAN DI BAWAH.
DENGAN MENGGUNAKAN SEBARANG HAK-HAK KEPADA KARYA TERSEBUT YANG
DIPERUNTUKKAN DI SINI, ANDA MENERIMA DAN BERSETUJU UNTUK
DIIKAT OLEH TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT LESEN INI. PEMBERI
LESEN MEMBERIKAN HAK-HAK YANG DIKANDUNGI DI SINI SEBAGAI
BALASAN KEPADA PENERIMAAN ANDA AKAN TERMA-TERMA DAN
SYARAT-SYARAT INI.
1.
Definisi
-
“Anda”
ertinya seorang individu atau entiti yang melaksanakan
hak-hak di bawah Lesen ini, yang tidak pernah melanggar
syarat-syarat Lesen ini berhubungan dengan Karya tersebut,
atau yang telah menerima kebenaran yang nyata daripada
Pemegang Lesen untuk melaksanakan hak-hak di bawah Lesen
namun terdapat perlanggaran.
-
“Karya Kolektif”
ertinya Karya tersebut dalam keseluruhannya dalam bentuk
tidak diubahsuai, bersama dengan sebilangan karya-karya
yang berasingan dan bebas, digabungkan kesemuanya secara
kolektif.
-
“Karya Terbitan”
ertinya karya yang dicipta dalam keseluruhannya atau
sebahagiannya berdasarkan Karya tersebut atau melalui
terjemahan, penyesuaian, penyusunan semula, susunan, dan
perubahan Karya tersebut dalam bentuk atau media lain,
kecuali Karya Kolektif yang tidak dianggap sebagai Karya
Terbitan untuk tujuan Lesen ini. Untuk mengelakkan
keraguan, di mana Karya tersebut adalah gubahan muzik atau
rakaman bunyi, penyelarian (synchronisation) Karya
tersebut dengan masa berhubungan dengan imej yang bergerak
(“synching”) akan dianggap sebagai Karya Terbitan untuk
tujuan Lesen ini.
-
“Karya”
ertinya karya yang dilindungi oleh hakcipta yang
ditawarkan di bawah terma-terma Lesen ini.
-
“Lesen”
ertinya perjanjian lesen awam Creative Commons ini antara
Anda dan Pemberi Lesen.
-
“Pemberi Lesen”
ertinya individu atau entiti yang menawarkan Karya
tersebut di bawah terma-terma Lesen ini.
-
“Pencipta Asal”
ertinya individu atau entiti yang mencipta Karya tersebut.
-
“Penyampaian Kepada Awam”
atau
“Menyampai Kepada Awam”
ertinya pemancaran Karya tersebut melalui cara wayar atau
wayarles kepada awam termasuk menyediakan Karya tersebut
kepada awam dalam cara dimana orang awam boleh mengakses
Karya tersebut dari tempat dan pada masa yang ditetapkan
secara keseorangan oleh mereka.
-
“Perbadanan Perlesenan”
ertinya satu persatuan atau organisasi lain yang mempunyai
sebagai matlamat utama, atau salah satu daripada matlamat
utamanya, perundingan atau pemberian, sama ada sebagai
pemilik atau bakal pemilik hakcipta atau sebagai agen
pemilik, lesen hakcipta sebagai balasan untuk pembayaran
yuran lesen atau royalti, dan matlamatnya termasuk
memberikan lesen-lesen yang merangkumi karya lebih
daripada seorang pencipta.
-
“Salinan”
ertinya pengeluaran semula sesuatu karya dalam bentuk
tulisan, dalam bentuk rakaman atau filem, atau dalam
apa-apa bentuk lain;
-
“Unsur-unsur Lesen”
ertinya sifat-sifat lesen peringkat tinggi seperti yang
dinyatakan di tajuk Lesen ini: Pengiktirafan, Bukan
Komersial, Perkongsian Serupa.
-
Melainkan konteks sebaliknya diperlukan, perkataan yang
melambangkan kata tunggal akan termasuk kata jamak dan
juga sebaliknya dan perkataan yang melambangkan satu
jantina akan termasuk semua jantina dan perkataan yang
melambangkan orang akan termasuk perbadanan, pertubuhan
yang tidak diperbadankan dan pertubuhan dan perkongsian.
2.
Urusan yang Wajar dan Hak-hak Lain.
Tiada apa-apa dalam Lesen ini yang diniatkan untuk
mengurangkan, membataskan atau mengehadkan apa-apa hak yang
timbul daripada urusan yang wajar dan mana-mana perbuatan atau
penggunaan yang dikecualikan secara khusus daripada pengawalan
hakcipta oleh undang-undang hakcipta Malaysia seperti yang
wujud kini atau seperti yang bakal dipinda, ditambah atau
digubal semula dari semasa ke semasa.
3. Terma-terma Lesen
3.1 Pemberian Lesen
. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini,
Pemberi Lesen memberikan Anda satu lesen seluruh dunia, tanpa
royalti, tidak ekslusif untuk jangkamasa hakcipta Karya
tersebut untuk menggunakan Karya tersebut untuk tujuan bukan
komersial dalam mana-mana cara berikut:
- membuat salinan Karya tersebut;
-
menggabungkan Karya tersebut ke dalam satu atau lebih
daripada satu Karya Kolektif;
-
membuat salinan Karya tersebut seperti yang digabungkan di
dalam mana-mana Karya Kolektif;
- mencipta Karya Terbitan;
- membuat salinan Karya Terbitan;
-
menyampaikan kepada awam, pertunjukan, tayangan atau
permainan kepada awam atau mengedarkan Karya tersebut, Karya
Terbitan atau Karya tersebut seperti yang digabungkan di
dalam mana-mana Karya Kolektif.
Hak-hak yang dibenarkan seperti di atas ini akan dirujuk
sebagai “Hak-hak Yang Dilesenkan” dan boleh digunakan dalam
semua media dan format-format yang dikenali kini atau
diperolehi atau dicipta kelak. Hak-hak diatas termasuk hak
untuk membuat pengubahsuaian yang merupakan keperluan
teknikal bagi penggunaan hak-hak Yang Dilesenkan dalam media
atau format-format lain. Hak-hak yang tidak tidak diberi
secara nyata oleh Pemberi Lesen adalah dirizabkan, termasuk
tetapi tidak terhad kepada hak-hak yang terbentang dalam
Seksyen 4.2 di bawah.
3.2. Keperluan Lesan Perkongsian Serupa.
Pemberian satu lesen seluruh dunia, tanpa royalti, tidak
ekslusif untuk jangkamasa hakcipta Karya tersebut untuk
menggunakan Karya tersebut mengehendaki Anda megedarkan karya
anda di bawah terma-terma lesen yang serupa dengan lesen ini
jikalau Anda megabungkan Karya ini kepada satu atau lebih
Karya Kolektif ataupun menciptakan Karya Terbitan daripada
Karya ini.
4. Had-had.
Hak-hak Yang Dilesenkan adalah pada setiap masa tertakluk
kepada dan dihadkan seperti berikut dan Anda:
-
dibenarkan menyampaikan kepada awam, menunjukan, tayangkan
atau memainkan kepada awam atau mengedarkan Karya tersebut
di bawah terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini. Berkaitan
dengan Karya Terbitan, Anda dibenarkan menyampaikan kepada
awam, menunjukan, tayangkan atau memainkan kepada awam atau
mengedarkan Karya tersebut di bawah terma-terma dan
syarat-syarat Lesen ini, versi lesen ini yang kemudian yang
mengandungi Unsur-unsur Lesen yang sama dengan Lesen ini
atapun satu Creative Commons iCommons lesen yang mengandungi
Unsur-unsur Lesen yang sama seperti Lesen ini (e.g.
Pengiktirafan – Bukan Komersial – Perkongsian Serupa 2.5
Jepun);
-
mesti merujuk kepada Lesen ini dan memasukkan sesalinan
Pengenalpasti Sumber Seragam (“Uniform Resource Identifier”)
(“PSS”) untuk Lesen ini dalam setiap salinan Karya tersebut
yang Anda gunakan dalam penggunaan Hak-hak Yang Dilesenkan
ini. PSS untuk Lesen ini atau Lesen Lain mesti disertakan
dalam setiap salinan Karya Terbitan yang Anda cipta atau
gunakan dalam penggunaan Hak-hak Yang Dilesenkan ini;
-
dilarang menawarkan atau mengenakan sebarang terma-terma ke
atas penggunaan Karya tersebut atau Karya Terbitan tersebut
yang akan mengubah atau mengehadkan terma–terma Lesen ini
atau apa-apa hak yang diberikan di bawahnya atau penggunaan
hak-hak yang diberikan di bawah ini oleh penerima;
- dilarang memberikan sublesen Karya tersebut;
-
mesti mengekalkan semua notis-notis yang merujuk kepada
Lesen ini dan juga terhadap penolakan waranti-waranti;
-
dilarang menyampaikan kepada awam, menunjukan, tayangkan
atau memainkan kepada awam atau mengedarkan Karya tersebut
dengan atau menggunakan sebarang teknologi yang mengawal
akses atau penggunaan Karya tersebut atau Karya Terbitan
tersebut dalam cara yang tidak konsisten dengan terma-terma
Lesen ini atau yang akan mengubah atau mengehadkan
terma–terma Lesen ini atau apa-apa hak yang diberikan di
bawahnya;
-
menerima tanpa rizab, bahawa had-had di atas dipakai secara
samarata kepada Karya tersebut dan/atau Karya Terbitan
seperti yang digabungkan di dalam Karya Kolektif tetapi ini
tidak menghendaki Karya Kolektif tersebut selain daripada
Karya Terbitan tersebut tertakluk kepada terma-terma Lesen
ini.
-
dibenarkan menggunakan Hak-hak Yang Dilesenkan hanya untuk
penggunaan bukan komersial ataupun tujuan yang tidak secara
utama termaksud untuk atau burhubung terus kepada keuntungan
komersial atau gantirugi kewangan persendirian. Pertukaran
Karya tersebut dengan karya-karya berhakcipta lain melalui
perkongsian fail digital atau selain daripada itu akan
dianggap bukan komersial dengan syarat bahawa tiada bayaran
pampasan kewangan dibuat berhubungan dengan pertukaran
tersebut.
-
mesti mengekalkan semua notis-notis hakcipta untuk Karya
tersebut dalam penggunaan Hak-hak Yang Dilesenkan dan
membekalkan, secara berpatutan dengan medium atau
kaedah-kaedah yang Anda gunakan:
-
jika dibekalkan, nama Pencipta Asal (atau nama samaran,
jika dipakai) dan/atau nama pihak yang ditetapkan untuk
pengiktirafan oleh Pencipta Asal dan/atau Pemberi Lesen
di dalam lesen hakcipta Pemberi Lesen, terma-terma
perkhidmatan ataupun dengan cara berpatutan yang lain;
- tajuk Karya tersebut jika boleh didapatkan;
-
sejauh mana berpatutan untuk dilakukan, PSS tersebut,
jika ada, yang dinyatakan oleh Pemberi Lesen untuk
dihubungkan dengan Karya tersebut, kecuali jika PSS
tersebut tidak merujuk kepada notis hakcipta atau
maklumat perlesenan untuk Karya tersebut;
-
satu pengakuan yang mengenalpasti penggunaan Karya
tersebut dalam Karya Terbitan (sebagai contoh,
“Terjemahan Bahasa Melayu Karya oleh Pencipta Asal”,
atau “Lakon Layar berdasarkan Karya asal oleh Pencipta
Asal”) atau Karya Kolektif untuk dilaksanakan dalam
sebarang cara yang berpatutan. Pengakuan seperti ini,
yang berkenaan dengan Karya Terbitan atau Karya
Kolektif, mesti, pada tahap miminum, muncul di mana
lain-lain pengakuan penciptaan yang sebanding muncul dan
dalam cara penonjolan yang sekurang-kurangnya sama
dengan lain-lain pengakuan penciptaan yang sebanding.
KECUALI jika Anda mencipta Karya Kolektif atau Karya
Terbitan, Pemberi Lesen berhak meminta Anda menyingkirkan
daripada Karya Kolektif atau Karya Terbitan, sebarang
pengakuan seperti yang perlu diperuntukkan seperti di atas
dan Anda mesti menyingkirkannya, sejauh mana boleh
dilakukan.
4.1 Hak-hak Moral Pencipta Asal.
Anda tidak dibenarkan, tanpa persetujuan Pencipta Asal, atau
selepas kematian Pencipta Asal, wakilnya, melakukan atau
membenarkan perlakuan mana-mana perbuatan yang berikut:-
-
penyampaian karya itu dengan apa cara sekalipun, tanpa
mengenal pasti Pencipta Asal atau dibawah suatu nama selain
daripada Pencipta Asal karya itu; dan
-
perosakan, pencatatan atau pengubahsuaian yang lain akan
karya itu jika perosakan, pencatatan atau pengubahsuian
itu:-
- mengubah dengan jelas karya itu; dan
-
sedemikian rupa yang dengan munasabahnya boleh dianggap
sebagai memudaratkan kehormatan atau reputasi pencipta.
4.2 Perizaban hak-hak kepada royalti jika penggunaan adalah
komersial.
Jika Anda menggunakan Hak-hak Yang Dilesenkan untuk tujuan
atau kegunaan selain daripada bukan komersial, Pemberi Lesen
merizabkan hak ekslusif untuk memungut secara individu atau
melalui Perbadanan Perlesenan atau lain-lain orang yang diberi
kuasa, royalti-royalti berkenaan dengan penggunaan Hak-hak
Yang Dilesenkan tersebut.
4.3 Lesen selanjutnya daripada Pemberi Lesen kepada pihak
ketiga yang berkenaan.
Setiap kali Anda menggunakan Hak-hak Yang Dilesenkan berkenaan
dengan Karya tersebut, Karya Terbitan tersebut atau Karya
Kolektif, Pemberi Lesen menawarkan satu lesen terhadap Karya
tersebut kepada penerima di bawah terma-terma dan
syarat-syarat yang sama seperti Lesen ini.
4.4 Perizaban hak-hak untuk pelepasan di bawah terma-terma
lesen yang berlainan atau untuk memberhentikan pengedaran
Karya tersebut.
Tidak kira apa-apa yang dinyatakan di sini, Pemberi Lesen
merizabkan hak untuk melepaskan Karya tersebut di bawah
terma-terma lesen yang berlainan atau berhenti mengedarkan
Karya tersebut pada bila-bila masa. Pemilihan seperti ini
tidak akan mengakibatkan penarikan Lesen ini (atau mana-mana
lesen lain yang telah, atau perlu, diberikan di bawah
terma-terma Lesen ini) dan Lesen ini akan berterusan dengan
seluruh kuasa dan kesan kecuali ditamatkan menurut
peruntukan-peruntukan Lesen ini.
4.5 Hak-hak yang tidak diberikan adalah dirizabkan.
Semua hak-hak yang tidak diberikan secara nyata kepada Anda di
bawah Lesen ini adalah dirizabkan.
5. Representasi-representasi, Waranti-waranti dan Penolakan
Kecuali yang dinyatakan sebaliknya, Pemberi Lesen menawarkan
Karya tersebut dalam keadaan sedia ada dan tidak membuat
sebarang representasi-representasi, janji-janji atau
waranti-waranti mengenai Karya tersebut, sama ada secara
nyata, tersirat, statutori atau dalam apa-apa cara. Peruntukan
ini akan terus kekal setelah sebarang penamatan Lesen ini.
6. Pengecualian Liabiliti
Tertakluk kepada sebarang liabiliti yang tidak dapat
dikecualikan atau dibataskan oleh undang-undang, Pemberi Lesen
mengecualikan kesemua liabiliti dan tidak bertanggungjawab
untuk sebarang kehilangan, kerugian atau kecederaan terhadap
Anda yang ditimbulkan melalui sebarang cara dari Lesen ini
atau pelaksanaan Hak-hak Yang Dilesenkan atau dalam apa jua
cara, meskipun Pemberi Lesen menyedari atau telah dinasihati
tentang kehilangan, kerugian atau kecederaan tersebut atau
kemungkinan atau kebarangkalian kejadiannya. Peruntukan ini
akan terus kekal setelah sebarang penamatan Lesen ini.
7. Penamatan
7.1
Lesen ini dan Hak-hak Yang Dilesenkan akan ditamatkan secara
otomatik oleh sebarang perlanggaran terma-terma Lesen ini oleh
Anda.
7.2
Penamatan ini tidak akan memusnahkan atau mengurangkan kuasa
atau kesan ikatan sebarang peruntukan dalam Lesen ini yang
secara nyata atau tersirat akan terus kekal atau terus
berkesan dan berkuasa setelah penamatan tersebut. Seksyen 1,
2, 4.3, 4.4, 5, 6, 7 dan 8 akan terus kekal setelah sebarang
penamatan Lesen ini.
7.3
Lesen-lesen dari orang yang menerima Karya Terbitan atau Karya
Kolektif daripada Anda di bawah Lesen ini tidak akan
ditamatkan selagi orang tersebut kekal mematuhi lesen-lesen
mereka.
8. Am
8.1 Pengasingan.
Jika sebarang peruntukan Lesen ini dilarang atau diperintahkan
oleh sebuah mahkamah sebagai tidak sah, terbatal atau tidak
boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan, sejauh mana
yang diperlukan dan yang mungkin, diasingkan dan dijadikan
tidak berkuatkuasa tanpa mengubahsuai peruntukan-peruntukan
Lesen ini yang lain dan ini tidak akan dalam apa jua cara
menjejaskan sebarang hal-hal keadaan yang lain atau keesahan
atau penguatkuasaan Lesen ini.
8.2 Tidak ada penepian.
Tidak ada peruntukan di bawah Lesen ini yang dianggap
diketepikan dan tidak ada perlanggaran yang dipersetujui
kecuali jika penepian secara bertulis atau persetujuan telah
ditandatangani oleh pihak yang berhak untuk memberikan
penepian atau persetujuan tersebut.
8.3 Keseluruhan perjanjian.
Lesen ini merupakan keseluruhan perjanjian di antara Anda dan
Pemberi Lesen. Tidak terdapat persefahaman, perjanjian atau
representasi berkenaan Karya tersebut dan Hak-hak Yang
Dilesenkan yang tidak dinyatakan di sini. Pemberi Lesen tidak
terikat oleh sebarang peruntukan-peruntukan tambahan yang
mungkin timbul dalam sebarang komunikasi dalam sebarang
bentuk.
8.4 Tidak ada perubahan.
Lesen ini tidak boleh diubahsuaikan atau ditukar tanpa
persetujuan bertulis bersama antara Pemberi Lesen dan Anda.
8.5 Undang-undang taklukan.
Lesen ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan
pihak-pihak menyerah secara muktamad kepada bidang kuasa
Mahkamah Malaysia.
Creative Commons bukan pihak kepada Lesen ini, dan tidak
membuat sebarang waranti berkaitan dengan Karya tersebut.
Creative Commons tidak akan bertanggungjawab kepada Anda
atau mana-mana pihak lain atas sebarang teori undang-undang
untuk sebarang kerugian, termasuk tanpa batasan, sebarang
kerugian am, khas, secara sampingan atau secara akibat yang
ditimbulkan berhubungan Lesen ini. Tidak kira kedua-dua
pernyataan sebelum ini, jika Creative Commons telah secara
nyata mengenalpasti dirinya sebagai Pemberi Lesen seperti di
dalam ini, ia akan mempunyai kesemua hak-hak dan
kewajipan-kewajipan seorang pemberi lesen.
Kecuali untuk tujuan terhad sebagai petunjuk kepada awam
bahawa Karya tersebut adalah dilesenkan di bawah LACC,
kedua-duanya tidak akan menggunakan cap dagang “Creative
Commons” atau mana-mana cap dagang atau logo yang berkaitan
dengan Creative Commons tanpa mendapatkan kebenaran bertulis
sebelumnya daripada Creative Commons. Sebarang penggunaan
yang dibenarkan mesti mematuhi garis panduan cap dagang
Creative Commons yang terbaru pada masa itu, seperti yang
diterbitkan pada halaman web atau dalam cara lain yang
disediakan atas permintaan dari semasa ke semasa.
Creative Commons boleh dihubungi melalui
https://creativecommons.org/
.