Mengenai Lesen-lesen

Apa lesen-lesen kami buat:

Lesen-lesen hak cipta Creative Commons dan peralatan yang membentuk keseimbangan di dalam "hak cipta terpelihara" tradisional menetapkan bahawa undang-undang hak cipta yang diwujudkan. Peralatan kami membolehkan semua pencipta individu ke syarikat-syarikat besar dan institusi-institusi sesuatu yang mudah, cara yang seragam untuk memberikan kebenaran hak cipta terhadap karya kreatif mereka. Kombinasi peralatan kami dan pengguna kami adalah commons digital yang luas dan berkembang, sekumpulan kandungan yang boleh disalin, diedarkan, disunting, diadun semula, dan dibina semula, semua dalam batasan undang-undang hak cipta.

Rasional dan reka bentuk lesen

Kesemua lesen-lesen Creative Commons mempunyai banyak ciri-ciri penting yang sama. Setiap lesen membantu pencipta — kami menggelarkan mereka pemegang-pemegang lesen jika mereka menggunakan peralatan kami —

Sesebuah lesen Creative Commons menjawab beberapa soalan mudah dalam memilih sesebuah lesen - pertama, adakah saya mahu membenarkan penggunaan komersial atau tidak, dan kedua, adakah saya mahu membenarkan penerbitan karya atau tidak? sekiranya pelesen membuat keputusan untuk membenarkan seseorang menggunakan karya tersebut, beliau turut boleh memilih untuk menghendaki sesiapa yang menggunakan karya tersebut — kami menggelarkan mereka pemegang lesen — untuk membolehkan karya baru itu terdapat di bawah syarat lesen yang sama. Kami menyebutnya ide ini Pengkongsian Serupa atau "ShareAlike" dan ia adalah salah satu mekanisme yang (jika dipilih) membantu commons digital berkembang lebih masa. Perkongsian Serupa atau "ShareAlike" diilhamkan oleh Lesen Awam Am GNU, yang digunakan oleh banyak projek perisian bebas dan percuma.

Lesen-lesen kami tidak mejejaskan kebebasan di mana undang-undang memberikan pengguna karya-karya kreatif melainkan dilindungi oleh hak cipta, sebagaimana pengecualian dan pembatasan kepada undang hak cipta seperti fair dealing. Lesen-lesen Creative Commons memerlukan pemegang-pemegang lesen untuk mendapatkan keizinan untuk melakukan sebarang perkara terhadap sesebuah karya yang telah ditetapkan oleh undang secara eksklusif kepada pemegang lesen, menyimpan notis-notis lengkap di semua salinan karya, dan pautan kepada lesen dari salinan karya tersebut. Pemegang-pemegang lesen tidak boleh menggunakan langkah-langkah teknologi untuk menerhadkan akses kepada karya yang dihasilkan oleh orang lain.

Sila cuba Pemilih Lesen kami yang ringkas ini.

Tiga "Lapisan-lapisan" Perlesenan

Dibaca Mesin

Dibaca Manusia

Tetapi kerana kebanyakan pencipta, pendidik, dan ahli-ahli sains sebenarnya bukan peguam, kami juga membuat lesen-lesen disediakan dalam sesebuah format yang biasa orang boleh baca — Surat Ikatan Commons (juga dikenali sebagai versi lesen "boleh dibaca manusia"). Surat Ikatan Commons adalah sebuah rujukan yang berguna untuk pemberi lesen dan pemegang lesen, merumuskan dan menyatakan terma dan syarat-syarat yang paling penting. Anggap Surat Ikatan Commons sebagai mesra pengguna antara muka terhadap kod undang-undang dibawahnya, walaupun surat ikatan tersebut bukan sesebuah lesen, dan kandungan-kandungannya bukan sebahagian dari kod undang-undang itu sendiri.

Lapisan akhir reka bentuk lesen mengakui perisian tersebut, dari enjin carian ke produktiviti pejabat ke suntingan muzik, memainkan peranan besar dalam penciptaan, penyalinan, penemuan, dan pengedaran karya-karya. Dalam usaha membuatkan ia mudah untuk Web mengetahui apabila karya yang boleh didapati di bawah lesen Creative Commons, kami menyediakan versi lesen yang "boleh dibaca mesin" — sesebuah ringkasan utama kebebasan dan kewajipan bertulis ke dalam sesebuat format yang sistem perisian, enjin carian, dan jenis-jenis teknologi yang lain yang boleh difahami. Kami membangunkan sesebuah cara yang standard untuk menerangkan lesen-lesen di masa sesuatu perisian boleh memahami, yang dipanggil Hak-Hak Expresi Bahasa CC (CC REL) untuk menyelesaikannya.

Mencari kandungan terbuka adalah fungsi penting yang dibolehkan oleh pendekatan kita. Anda boleh menggunakan Google untuk mencari kandungan Creative commons, mencari gambar-gambar di Flickr , album di Jamendo , dan media umum di spinxpress . Wikimedia Commons, repositori multimedia Wikipedia juga adalah salah pengguna utama lesen-lesen kami.

Diambil bersama, ketiga-tiga lapisan lesen tersebut memastikan spektrum hak-hak bukan sekadar sesuatu konsep perundangan. Ia sesuatu yang mana pencipta-pencipta sesebuah karya boleh memahami, pengguna mereka dapat memahami, dan juga web itu sendiri boleh memahami.

Lesen-lesen:

Atribusi-PerkongsianSerupa
CC BY-SA

Lesen ini membenarkan sesiapa sahaja untuk mengadun semula, memulas, dan mencipta sesuatu berdasarkan karya anda sekalipun untuk tujuan komersil, selagi mana mereka memberi kredit kepada anda dan melesenkan karya baru mereka dibawah terma-terma yang serupa. Lesen ini lazimnya dibandingkan dengan sesuatu yang bebas “hak cipta sampingan” dan lesen-lesen perisian sumber terbuka. Semua karya yang didasari oleh karya anda akan membawa lesen yang sama, jadi penggunaan komersil untuk sebarang bentuk terbitan adalah dibenarkan. Lesen ini ialah lesen yang digunakan oleh Wikipedia, dan digalakkan untuk bahan-bahan yang mendapat manfaat dengan mengandungi kandungan dari Wikipedia dan projek-projek berlesen yang serupa.

Lihat Lesen Surat Ikatan | Lihat Kod Undang-undang

Atribusi-TiadaTerbitan
CC BY-ND

Lesen ini membenarkan pengedaran semula, sama ada secara komersil atau tidak komersil, selagi mana karya tersebut tidak diubah dan dalam bentuk asal, dengan disertakan kredit kepada anda.

Lihat Lesen Surat Ikatan | Lihat Kod Undang-undang

Atribusi-BukanKomersial
CC BY-NC

Lesen ini membenarkan sesiapa sahaja untuk mengadun semula, memulas, dan mencipta sesuatu yang bukan komersil berdasarkan karya anda, dan walaupun karya baru mereka mesti mengiktiraf anda dan bukan sesuatu yang komersil, mereka tidak perlu melesenkan karya-karya terbitan mereka dengan terma-terma yang sama.

Lihat Lesen Surat Ikatan | Lihat Kod Undang-undang

Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa
CC BY-NC-SA

Lesen ini membenarkan sesiapa sahaja untuk mengadun semula, memulas, dan mencipta sesuatu berdasarkan karya anda secara bukan komersil, asalkan mereka memberi kredit anda dan melesenkan karya baru mereka dibawah terma-terma yang serupa.

Lihat Lesen Surat Ikatan | Lihat Kod Undang-undang

Atribusi-BukanKomersial-TiadaTerbitan
CC BY-NC-ND

Lesen ini adalah yang paling ketat di antara enam lesen-lesen utama kami, hanya membenarkan orang lain untuk memuat turun karya-karya anda dan berkongsi kepada yang lain asalkan mereka memberi kredit anda, tetapi mereka tidak boleh mengubah dalam apa-apa jua bentuk atau menggunakan ia secara komersial.

Lihat Lesen Surat Ikatan | Lihat Kod Undang-undang

Kami turut menyediakan peralatan yang berfungsi di dalam "semua hak diberikan" di ruang domain awam. Peralatan CC0 kami membenarkan pemegang-pemegang lesen untuk mengetepikan segalah hak dan meletakkan sesebuah karya dalam domain awam, dan Penandaan Domain Awamkami membenarkan mana-mana pengguna web untuk "menanda" sesebuah karya sebagai dalam domain awam.